Posts

Apa itu JEK ROD??

  Salam... Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi...  Terima kasih kepada semua pembaca blog kami... Post kali ini kami akan bercerita mengenai menambah kapasiti enjin.. seperti yang semua tahu semakin besar kapasiti enjin, semakin banyak udara dan bahanapi dapat dihirup oleh enjin, maka semakin besar lah kuasa yang akan diperolehi.. Ini lah kebanyakkan tujuan modifikasi, mencari kuasa, mempercepatkan pecutan dan top speed yang melentukkan meter ke dinding... Kapasiti enjin boleh ditambah dengan 2 cara. iaitu Membesarkan piston (bore up) Memanjangkan lejang (stroker up) Enjin yang mempunyai bore yang lebih besar dari stroke di panggil  oversquare  dan stroke yang lebih besar dari bore di panggil  undersquare . Rata-rata kita semua biasa lihat jentera-jentera drag (terutamanya mesin 4 lejang) memiliki gasket blok yang tebal-tebal sehingga hampir menyamai panjang blok mesin itu sendiri! Mengapa? Kerana mereka telah mengubah stroke semaksimum yang boleh. Mesin yang dikategorikan undersquare

Txr panther or gamma

Image
  Tidak diketahui kenapa motosikal berkapasiti 150cc ini menjadi pilihan unit operasi jalanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekitar era 90-an hingga digelarkan 'motor otet'. Otet merujuk kepada polis cawangan khas (SB) atau perisik. Mungkinkah kerana Panther berwarna hitam yang memudahkan operasi serang hendap dilakukan? Ataupun PDRM mahu tampil berbeza daripada imej penunggang awam atau mat motor yang ketika itu kebanyakannya menunggang model Yamaha. Kehadiran penunggang Panther pada tengah malam atau awal pagi sering dianggap sebagai sengaja mahu 'bakar line' supaya mat rempit berlumba sebelum mereka diserbu dan dicekup oleh pasukan polis beruniform. 3. SUZUKI TXR150 Selepas Panther, Suzuki mengeluarkan  TXR150R  yang juga terkenal dengan panggilan  Jerung . Sebenarnya jerung merujuk kepada edisi khas yang datang dengan kowl depan seperti sirip jerung, tetapi istilah itu digunakan juga secara meluas sebagai merujuk kepada generasi kedua Panther. Kata nama 'Jerung&#